
Tanggal pada 20hb Mac 2009, sahabat baikku Nor Maria binti Najib selamat di ijabkabulkan dengan pilihan hatinya Mohamad bin Jaafar bertempat di Taman Desa Permai, Port Dickson.
Majlis persandingan pula di adakan pada keesokkan hari pada pukul 1.45 selepas solat Zohor.Bertemakan warna maroon dan putih, pasangan pengantin kelihatan sama cantik dan sama padan bagai pinang di belah dua.Maria bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di IPD Dang Wangi manakala pasangannya bertugas sebagai anggota polis di tempat yang sama.Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 25.05.2008 iaitu 2 bulan selepas aku berkahwin.
Majlis mereka berjalan dengan lancar.Majlis dimulakan dengan perarakan pengantin diiringi dengan paluan kompang.Aku sebagai sahabat baik Maria merangkap pengapit beliau sangat gembira akhirnya beliau sah menjadi isteri.Kemudian pengantin tiba di pelamin yang dihias indah walaupun kelihatan ringkas.Kemudian pasangan pengantin di tepung tawar oleh kedua-dua pihak keluarga pengantin.
Setelah sesi tepung tawar selesai, bermulalah sesi makan beradab pengantin.Pelbagai juadah untuk pengantin disediakan.Semuanya sedap-sedap belaka.
Selesai upacara makan beradab, sesi mengambil gambar pula.
Lebih kurang pukul 2 lebih,pasangan pengantin menukar baju untuk sesi potong kek pulak.Majlis selesai pada pukul 3.15 petang.
Aku sebagai sahabat baik Maria mendoakan agar rumahtangga beliau kekal hingga ke akhir hayat dan menjadi isteri yang solehah.
Feel my story!
12:40 PG